Returning Boomerang – Aktiviti STEM & Advokasi

13 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Returning Boomerang – Aktiviti STEM & Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Peserta diminta untuk menghasilkan mekanisme lontaran iaitu “Returning Boomerang” menggunakan kertas. Di dalam aktiviti ini, peserta dapat mempelajari sejarah pembinaan Boomerang Berputar dan bagaimana ia dibina. Pada akhir sesi aktiviti tersebut, satu sesi advokasi telah diselitkan bagi tujuan pembelajaran berterusan mengenai bahaya yang terdapat di dunia digital.

Diharapkan dengan program seperti ini boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi muda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali